TEKS BAHASA ARAB
حديث: الوضوء قبل الطعام ينفي الفقر وبعده ينفي الهم وروي: ينفي الفقر قبل الطعام وبعده وروي: بركة الطعام الوضوء قبله وبعده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Berwuduk sebelum makan boleh menjauhkan kefakiran, manakala berwuduk selepasnya boleh menghindarkan kesedihan”, diriwayatkan juga dengan lafaz: “… menghindarkan kefakiran sebelum dan selepas makan”, dan diriwayatkan juga dengan lafaz: “Keberkatan makanan itu adalah berwuduk sebelumnya dan selepasnya”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 155, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في المختصر: الكل ضعيف وقال الصغاني: موضوع.
Al-Firuzabadi berkata di dalam kitabnya al-Mukhtasar: Semuanya ini adalah daif, dan al-Saghani berkata: Hadith ini palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.