TEKS BAHASA ARAB
حديث: المعدة حوض البدن والعروق إليها واردة فإن صحت المعدة صدرت العروق بالصحة وإذا سقمت المعدة صدرت العروق بالسقم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Perut itu umpama tempat simpanan bagi badan, dan urat-urat menyambung kepadanya, sekiranya perut sihat, akan terbit urat-urat yang sihat, sekiranya perut sakit akan terbit urat-urat yang sakit.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 155, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا وقال: هو باطل لا أصل له.
قال في اللآلىء: أخرجه الطبراني في الأوسط وابن السني وأبو نعيم في الطب والبيهقي في الشعب وقال: في إسناده ضعيف وقال في الميزان: منكر.
Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Abu Hurairah secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan al-Uqaili berkata: Hadith ini batil dan tidak ada asal riwayatnya.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitab al-La’ali’: Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam kitabnya al-Awsat, Ibnu Sunni dan Abu Nua’im di dalam kitab at-Tib, dan al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Syu’ab, beliau berkata pada sanadnya terdapat seorang perawi daif, dan beliau berkata dalam kitab al-Mizan: Munkar.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.