Bergembiralah wahai Abu Bakr, wudukmu diambilkan oleh Jibril

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن أبا بكر قال للنبي صلى الله عليه وآله وسلم: إني كنت معك في الصف الأول فكبرت وكبرت، فاستفتحت بالحمد فقرأتها، فوسوس إلى شيء من الطهور فخرجت إلى باب المسجد، فإذا أنا بهاتف يهتف بي، وهو يقول: وراءك، فالتفت. فإذا أنا بقدح من ذهب مملوء ماء أبيض من الثلج، وأعذب من الشهد، وألين من الزبد، عليه منديل أخضر مكتوب عليه: لا إله إلا الله الصديق أبو بكر، فأخذت المنديل فوضعته على منكبي وتوضأت للصلاة وأسبغت الوضوء، ورددت المنديل على القدح، ولحقتك وأنت راكع الركعة الأولى فتممت صلاتي معك يا رسول الله. فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: أبشر يا أبا بكر الذي وضأك للصلاة جبريل، والذي مندلك ميكائيل، والذي مسك ركبتي حتى لحقت الصلاة: إسرافيل.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Abu Bakr berkata kepada Nabi SAW: Aku bersama kamu dalam saf pertama ketika engkau bertakbir dan aku bertakbir, engkau membaca al-Fatihah dan aku membacanya, lalu aku merasa was-was mengenai kebersihan lalu aku keluar ke pintu masjid, lalu aku mendengar suara memanggilku. Ia berkata: Di belakangmu, lalu aku berpaling. Lalu aku melihat ada bekas air dari emas yang dipenuhi dengan air putih daripada salji, lebih lazat dari madu, lebih lembut dari susu, padanya ada kain sapu berwarna hijau yang tertulis padanya “Tiada Tuhan Selain Allah, al-Siddiq Abu Bakr”. Lalu aku mengambil kain tersebut dan meletakkannya di atas bahuku, lalu aku berwuduk untuk solat dan aku melebihkan sapuan wudukku, lalu aku meletakkan semula kain itu di atas bekas tadi. Lalu aku pergi semula untuk solat ketika engkau sedang rukuk pada rakaat yang pertama dan aku menyelesaikan solatku bersamamu wahai Rasulullah. Nabi SAW bersabda: Bergembiralah wahai Abu Bakr, wudukmu diambilkan oleh Jibril, yang menyapu tubuhmu adalah Mikail dan yang memegang dua lututku sehingga engkau sempat solat bersamaku adalah Israfil.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 330-331, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


هو حديث موضوع، ومحمد بن زياد المذكور في إسناده: كذاب.
وقد روى نحو هذا لعلي بن أبي طالب. وفيه: ذكر السطل، والمنديل.
والكل كذب موضوع.

Ia adalah hadis palsu. Muhammad bin Ziyad yang disebutkan dalam sanad adalah pendusta. Diriwayatkan seperti ini dari Ali bin Abi Talib, padanya disebutkan bekas air dan kain sapu.
Kesemuanya adalah dusta dan palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs