TEKS BAHASA ARAB
أبو بكر خير الناس؛ إلا أن يكون نبي
TEKS BAHASA MALAYSIA
Abu Bakr adalah manusia yang terbaik, kecuali Nabi (maksudnya Abu Bakar lebih baik daripada manusia yang bukan Nabi).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 6, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut juga telah dikeluarkan oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Al-Zahabi berkata pada biografi Isma'il bin Abi Ziyad: "Sesungguhnya ia palsu".
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.