Anak Adam! Taatilah Rabbmu, kamu akan disebut sebagai orang berakal

TEKS BAHASA ARAB

ابن آدم، أطع ربك تسمى عاقلا، ولا تعصه فتسمى جاهلاً

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anak Adam! Taatilah Rabbmu, kamu akan disebut sebagai orang berakal dan janganlah kamu menderhakaiNya, kamu akan disebut sebagai orang jahil

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 6, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini bukanlah ucapan Nabi SAW dan lihat biografi 'Abdul 'Aziz bin Abi Raja' yang termasuk kategori perawi-perawi dha'if.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs