Abu Bakr adalah daripadaku dan aku pula daripada beliau

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أبو بكر مني وأنا منه، وأبو بكر أخي في الدنيا والآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Abu Bakr adalah daripadaku dan aku pula daripada beliau. Abu Bakr adalah saudaraku di dunia dan akhirat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 6, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia melalui riwayat 'Abdul Rahman Ibn 'Amr bin Jalabah, beliau seorang kaki dusta. Tujuan beliau mereka-reka hadith tersebut adalah untuk menyanggahi hadith yang sahih berkenaan persaudaraan Nabi SAW terhadap 'Ali A.S.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon