Apabila meninggal seorang ahli bid’ah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إِذا ماتَ صاحِبُ بِدْعَةٍ فقد فُتِحَ فِي الإسلام فتح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila meninggal seorang ahli bid'ah, maka telah dibukakan untuk Islam satu pembukaan (kemenangan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 15, hadis nombor 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Khatib berkata: "Ini adalah munkar". Al-Zahabi pula berkata dalam biografi Ahmad bin Ruh al-Bazzaz: "Batil", namun Ahmad telah disokong oleh Abu Isma'il al-Tirmizi. Al-Hafiz berkata dalam al-Lisan: "Sokongan tersebut juga dha'if". Saya berkata: Perawi-perawi dha'if telah mencuri sanad bagi hadith-hadith yang menarik pada pandangan mereka. Oleh itu, riwayat sokongan terhadap mereka tidak terhasil sebagai penguat.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon