TEKS BAHASA ARAB
إِذا كَتَبْتَ {بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ} فَبَيِّنِ السين فيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu menulis Bismillahirrahmanirrahim, maka perjelaskan huruf Sin di dalamnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 14, hadis nombor 58. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith ini seperti hadith sebelumnya. Orang Arab tidak pernah menulis huruf Sin melainkan secara jelas. Penulisan Sin secara tidak jelas hanyalah dimulakan oleh kitab golongan bukan Arab dalam kalangan penduduk Turki dan lain-lain.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.