Empat perkara yang tidak akan kenyang daripada empat perkara

TEKS BAHASA ARAB

أرْبَعٌ لَا يَشْبَعْنَ مِنْ أرْبَعٍ: عَيْنٌ مِنْ نَظَرٍ وأرْضٌ مِنْ مَطَرٍ وأنْثى مِنْ ذَكَرٍ وعالِمٌ مِنْ عِلْمٍ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara yang tidak akan kenyang daripada empat perkara; mata daripada melihat, bumi daripada hujan, wanita daripada lelaki dan orang alim daripada ilmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 15, hadis nombor 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ketika al-Zahabi memasukkan hadith tersebut dalam al-Mizan, beliau menambah: “Saya berkata: Pendusta daripada pendustaan”. Ibn Hibban dan Ibn al-Jawzi telah mendahului al-Zahabi dalam menyebutkan secara jelas bahawa ia palsu. Saya tidak tahu bagaimana penulis (al-Suyuti) boleh mengabaikan perkara seperti ini

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs