TEKS BAHASA ARAB
من استرضي فلم يرض فهو شيطان ومن استغضب فلم يغضب فهو حمار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang sepatutnya dia redha, tapi dia tidak redha, maka dia adalah syaitan dan sesiapa yang sepatutnya dia marah tapi dia tidak marah, maka dia adalah keldai.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 87, hadis nombor 399. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
هو من كلام الشافعي – رضي الله تعالى عنه -.
Ia bersumberkan ucapan al-Shafi'ei RA.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.