Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia tidak perlu merasa takut

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أساء لا يستوحش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia tidak perlu merasa takut.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 398, hadis nombor 398. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث، هو في معنى: “إنما هي أعمالكم” وجاء في كلام، بنان الحمال قال: “البريء جريء والخائن خائف ومن أساء استوحش”، وعن سعيد بن عبد العزيز قال: “من أحسن فليرج الثواب ومن أساء فلا يستنكر الجزاء”.

Ia bukan hadith, ia semakna dengan: “Sesungguhnya amalan-amalan kamu akan Aku hisab”, juga terdapat dalam ucapan Bunan al-Hammal, kata beliau: “Orang yang baik adalah orang berani, orang khianat pula adalah orang penakut dan sesiapa yang berbuat jahat, maka hendaklah dia takut”. Juga diriwayatkan daripada Sa'id bin 'Abd al-'Aziz, katanya: “Sesiapa yang berbuat baik, maka hendaklah dia mengharapkan pahala dan sesiapa yang berbuat jahat maka janganlah dia menyesal terhadap balasan-balasannya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon