Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan kepada keturunan Hashim atau Muttalib namun dia tidak dberikan balasan setimpal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أسدى إلى هاشمي أو مطلبي معروفا ولم يكافئه كنت مكافئه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan kepada keturunan Hashim atau Muttalib namun dia tidak diberikan balasan setimpal, maka aku akan memberikan balasan setimpal kepadanya pada Hari Kiamat.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 87, hadis nombor 400. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

روي من حديث علي، بلفظ: “من اصطنع إلى أحد من أهل بيتي يدا كافئته عنها يوم القيامة”، وأخرجه الثعلبي، بنحوه، وفي سنده، كذاب. ولا يصح في الباب شيء.

Diriwayatkan melalui hadith 'Ali dengan lafaz: “Sesiapa yang memberi bantuan kepada mana-mana ahli baitku, diberikan balasan setimpal sebagai ganti bantuan itu pada Hari Kiamat”. Telah diriwayatkan oleh al-Tha'labi seumpamanya, dalam sanadnya terdapat perawi kaki dusta. Tidak sahih satu pun hadith dalam bab ini.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon