TEKS BAHASA ARAB
ذروا العارفين المحدثين من أمتي لا تنزلوهم الجنة أو النار حتى يكون الله الذي يقضي فيهم يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Biarkanlah ahli-ahli yang arif yang bercerita tentang alam ghaib dalam kalangan umatku, mereka tidak akan masuk ke dalam syurga atau neraka hinggalah Allah sendiri yang memutuskan kepada mereka pada hari kiamat.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 38, hadis nombor 194. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat 'Abdullah bin al-Musawwar, beliau seorang pendusta. Al-Dailami turut meriwayatkannya dalam Musnad al-Firdaws melalui hadith 'Aishah dengan lafaz: “Biarkanlah ahli-ahli yang bercerita tentang alam ghaib yang berdosa”, adapun dengan lafaz: “Ahli-ahli hadith yang bercerita tentang alam ghaib yang 'arif” dengan membaris ataskan huruf al-dal sebagaimana yang telah disebutkan oleh penulis (al-Suyuti), iaitu batil lagi tidak ada asalnya.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.