Anak-anak umat Islam (yang meninggal sebelum baligh) yang akan berada di bawah ِArasy pada hari Kiamat

TEKS BAHASA ARAB

ذراري المسلمين يوم القيامة تحت العرش شافع ومشفع من لم يبلغ اثنتي عشر سنة، ومن بلغ ثلاث عشرة سنة فعليه وله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anak-anak umat Islam (yang meninggal sebelum baligh) yang akan berada di bawah Arasy pada hari kiamat dan dia memberikan syafaat dan menerima syafaat ialah sesiapa yang (meninggal dunia) belum mencapai usia 12 tahun. Manakala yang meninggal dunia setelah mencapai usia 13 tahun, maka dia akan menanggung dosa dan memperoleh pahala.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 38, hadis nombor 193. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam al-Tarikh dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Hadith tersebut salah satu rekaan pentaqlid bagi menyokong pandangan golongan yang berpendapat bahawa umur baligh adalah 13 tahun. Telah kami sebutkan bahawa mereka merupakan orang yang paling banyak memalsukan hadith.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs