TEKS BAHASA ARAB
اجعلوا أئمتكم خياركم؛ فإنهم وفدكم فيما بينكم وبين ربكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Imam-imam kamu hendaklah kamu lantik dalam kalangan orang-orang terbaik dalam kalangan kamu, kerana sesungguhnya mereka adalah pendahulu dalam rombongan kamu bagi urusan antara kamu dan Rab kamu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 8, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Sanadnya gelita (perawi-perawinya tidak dikenali) sebagaimana yang mereka telah katakan dan matannya pula palsu.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.