Bayaran kepada penyanyi perempuan adalah haram

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثَمَنُ القَيْنَةِ سُحْتٌ وغناؤها حَرامٌ والنَّظَرُ إلَيْها حَرَامٌ وَثَمَنُها مِثْلُ ثَمَن الكَلْبِ وَثَمَنُ الكَلْبِ سُحْتٌ ومَنْ نَبَتَ لَحْمُهُ على السُّحْتِ فالنَّارُ أولى به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bayaran kepada penyanyi perempuan adalah haram, nyanyiannya adalah haram, melihat kepadanya adalah haram. Bayarannya sama seperti bayaran anjing, bayaran anjing adalah haram dan sesiapa yang dagingnya tumbuh atas hasil yang haram maka neraka lebih patut untuknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 30, hadis nombor 141. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Zahabi berkata: "Munkar", saya pula berkata bahawa ia palsu. Al-Zahabi sendiri maksudkan dengan munkar itu sebagai palsu. Beliau menyebutkannya di dalam biografi Ahmad bin 'Abdul Samad Abu Ayyub al-Ansari.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon