TEKS BAHASA ARAB
ثلاث من حفظهن فهو وليي حَقاً ومنْ ضَيَّعَهُنَّ فَهُوَ عَدُوِّي حَقاً: الصَّلاَةُ والصيامُ والجَنابَةُ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga perkara yang sesiapa menjaganya, maka dia adalah waliku yang sebenar, manakala sesiapa yang mengabaikannya, maka dia adalah musuhku yang sebenar, iaitu solat, puasa dan junub.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 30, hadis nombor 139. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini bukanlah lafaz yang diucapkan oleh Nabi.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.