Jantung-jantung (hati-hati) telah ditetapkan untuk menyukai sesiapa yang berbuat baik

TEKS BAHASA ARAB

جُبِلَتِ القُلُوبُ على حُبِّ مَنْ أحْسَنَ إلَيْها وبغض مَنْ أساءَ إلَيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jantung-jantung (hati-hati) telah ditetapkan untuk menyukai sesiapa yang berbuat baik kepadanya dan membenci sesiapa yang berbuat jahat kepadanya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 30, hadis nombor 143. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Namun, para huffaz mengatakan bahawa ia batil sama ada secara marfu ataupun secara mawquf. Sesiapa yang menemui sebab yang mendorong al-A'mash mengucapkan hadith ini, terhadap apa yang dilakukan oleh pemalsu hadith yang menyandarkan hadith ini kepada beliau, maka terbuktilah apa yang dikatakan oleh para huffaz. Dan saya telah menyebutkan berkenaannya dalam al-Mustakhraj 'Ala Musnad al-Shihab.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs