Utusan seseorang menunjukkan tahap akalnya

TEKS BAHASA ARAB

رسول المرء دال على عقله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Utusan seseorang menunjukkan tahap akalnya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 43, hadis nombor 161. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف بهذا ولكن جاء عن يحيى بن خالد من قوله ثلاثة أشياء تدل على عقل أربابها الكتاب والرسول والهدية.

Tidak diketahui dengan lafaz ini. Namun, telah datang riwayat daripada Yahya bin Khalid melalui kata-kata beliau: “Tiga perkara yang menunjukkan kepada tahap akal tuannya; iaitu buku, utusan dan hadiah”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon