Penyanyi sesuatu lembah (tempatan), tidak dianggap menyeronokkan

TEKS BAHASA ARAB

زامر الحي لا يطرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penyanyi sesuatu lembah (tempatan), tidak dianggap menyeronokkan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 44, hadis nombor 164. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث ولكن معناه صحيح فقد جاء أزهد الناس في العالم أهله وجيرانه.

Ia bukan hadith, tapi maksudnya betul. Telah diriwayatkan (dengan lafaz): أزهد الناس في العالم أهله وجيرانه “Orang yang paling tidak menghargai orang alim adalah ahli keluarganya dan jirannya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon