TEKS BAHASA ARAB
رمية من غير رام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kadangkala panahan yang terkena sasaran bukan daripada sang pemanah.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 43, hadis nombor 163. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
أخرجه البيهقي عن ابن عباس موقوفا قال خذ الحكمة ممن سمعت فإن الرجل يتكلم بالحكمة وليس بحكيم فتكون كالرمية من غير رام.
Al-Baihaqi telah mengeluarkannya daripada Ibb 'Abbas secara mawquf: “Ambillah hikmah itu daripada sesiapa yang kamu dengar. Ini kerana, seseorang itu adakalanya mengucapkan kata-kata hikmah sekalipun dia bukanlah seorang ahli hikmah, sama seperti kadangkala panahan yang terkena sasaran bukan daripada sang pemanah”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.