TEKS BAHASA ARAB
رضى الناس غاية لا تدرك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Keredhaan semua manusia adalah suatu matlamat yang akan dicapai.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 43, hadis nombor 162. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
روي من كلام سفيان الثوري وروي أيضا عن أكثم بن صيفي وزاد ولا نكره سخط من رضاه الجور وقال الشافعي ليونس بن عبد الأعلى يا أبا موسى رضى الناس غاية لا تدرك ليس إلى السلامة من الناس سبيل فانظر ما فيه صلاح نفسك فالزمه ودع الناس وما هم فيه.
Diriwayatkan melalui ucapan Sufyan al-Thawri dan diriwayatkan juga daripada Aktham bin Saifi* dengan penambahan: “Dan janganlah kamu membenci kemarahan orang yang cintakan sukakan kejahatan”. Al-Shafi'ei juga berkata kepada Yunus bin 'Abd al-A'la: Wahai Aba Musa! Redha semua manusia adalah suatu matlamat yang tidak akan boleh dicapai, tidak akan ada jalan untuk selamat daripada (kebencian) manusia. Maka lihatlah apa yang memberikan keelokan pada dirimu, lalu lazimilah ia dan tinggalkan manusia lain yang tidak dalam kebaikan”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.