Tahanlah diri daripada melakukan kejahatan, kejahatan akan ditahan daripada mengenaimu

TEKS BAHASA ARAB

كف عن الشر يكف الشر عنك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tahanlah diri daripada melakukan kejahatan, kejahatan akan ditahan daripada mengenaimu.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 69, hadis nombor 281. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو من كلام الإسكندر وفي معناه ما في الحديث: من يتحر الخير يعطه ومن يتوق الشر يوقه.

Ia bersumberkan ucapan al-Iskandar, semakna dengannya adalah sebagaimana dalam hadith: “Sesiapa yang mencari-cari kebaikan, dia akan diberikan kebaikan dan sesiapa yang menjauhi kejahatan, dia akan terpelihara daripada kejahatan”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon