Kesempurnaan iman seseorang itu adalah dia mengatakan aku beriman insya-Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن من تمام إيمان العبد أن يستثني.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kesempurnaan iman seseorang itu adalah dia mengatakan aku beriman insya-Allah.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 453, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الحسن بن سفيان، عن أبي هريرة مرفوعا، وهو موضوع.
وقال في الميزان: هذا الحديث باطل انتهي، فقبح الله هؤلاء الكذابين جعلوا مقالاتهم ومذاهبهم أحاديث عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم.

Diriwayatkan oleh al-Hasan bin Sufian, daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), ia palsu.
Dia berkata dalam al-Mizan: Ini hadith yang batil. Moga Allah memburukkan mereka yang berdusta dengan menjadikan kata-kata dan mazhab mereka hadith daripada Rasulullah SAW.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon