TEKS BAHASA ARAB
فاز بها عكاشة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ukashah telah berjaya mendapatkannya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 64, hadis nombor 255. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
دائر على الألسنة وكأنه مثل ما صح به إلى قوله – صلى الله عليه وسلم – (سبقك بها عكاشة) حين طلب منه – صلى الله عليه وسلم – أن يدعو له أن يجعله من الذين يدخلون الجنة بغير حساب فدعا له فقام آخر فقال: ادعو الله أن يجعلني منهم فقال: سبقك بها عكاشة.
Berlegar-legar pada lidah orang ramai, ia seakan-akan sebuah perumpamaan yang mengisyaratkan kepada sabda Baginda SAW: “'Ukashah telah mendahului kamu”, ketika Baginda SAW diminta supaya berdoa agar dia ('Ukashah) termasuk dalam kalangan orang-orang yang akan masuk syurga tanpa hisab, lalu Baginda pun mendoakan beliau. Kemudian seorang lelaki lain berdiri lalu berkata: “Doakanlah kepada Allah agar Dia menjadikanku dalam kalangan mereka”, lantas jawab Baginda: “'Ukashah telah mendahului kamu dengan mendapatkannya”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.