Sesiapa yang berpuasa separuh bulan Rejab maka Allah akan menghisabnya dengan hisab yang mudah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صام ثلاثة أيام من رجب كتب له صيام شهر ومن صام سبعة أيام من رجب أغلق الله عنه سبعة أبواب من النار ومن صام ثمانية أيام من رجب فتح الله له ثمانية أبواب من الجنة ومن صام نصف رجب حاسبه الله حسابا يسيرا.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Rejab, Allah menulis baginya pahala sebulan; sesiapa yang berpuasa tujuh hari daripada bulan Rejab, Allah akan menutup baginya tujuh pintu neraka; sesiapa yang berpuasa lapan hari daripada bulan Rejab, Allah buka baginya lapan pintu syurga; dan sesiapa yang berpuasa separuh bulan Rejab maka Allah akan menghisabnya dengan hisab yang mudah.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 100, hadis nombor 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في اللآلىء بعد أن رواه عن أبان عن أنس مرفوعا لا يصح وأبان متروك وعمرو بن الأزهر يضع الحديث ثم قال: وأخرجه أبو الشيخ عن ابن علوان عن أبان وابن علوان وضاع.

Al-Suyuthi menghukumkan hadith ini sebagai tidak sahih dalam al-La’ali selepas meriwayatkan hadith ini daripada Aban daripada Anas bin Malik secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) Aban dihukumkan sebagai matruk (perawi yang terlalu lemah), Amr bin al-Azhar pula mereka hadith palsu. Al-Suyuthi berkata: Abu Syaikh meriwayatkan daripada Ibn Ulwan daripada Aban sedangkan Ibn Ulwan adalah pereka hadith palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs