Sesiapa yang menghidupkan satu malam daripada bulan Rejab dan berpuasa satu hari dari bulan Rejab

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أحيا ليلة من رجب وصام يوما أطعمه الله من ثمار الجنة _ إلخ.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menghidupkan satu malam daripada bulan Rejab dan berpuasa satu hari dari bulan Rejab, Allah memberinya makan dari buah-buahan syurga.

 

STATUS

Palsu

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 101, hadis nombor 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

 

رواه في اللآلىء عن الحسين بن علي مرفوعا وقال: موضوع آفته: حفص بن مخارق وسيأتي في باب فضائل الأمكنة والأزمنة في شهر رجب زيادة على ما هنا.

Al-Suyuthi di dalam kitabnya al-La’ali meriwayatkan daripada al-Husain bin Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) al-Suyuti berkata: Hadith ini palsu. Pemalsunya ialah Hasf bin Mukhariq. Akan datang tambahan pada bab fadilat-fadilat tempat dan masa pada bulan Rejab dari apa yang dibincangkan disini.

 

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs