Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku, Ramadhan bulan umatku.

TEKS BAHASA ARAB

حديث: رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي فمن صام من رجب يومين فله من الأجر ضعفان ووزن كل ضعف مثل جبال الدنيا ثم ذكر أجر من صام أربعة أيام ومن صام ستة أيام ثم سبعة أيام ثم ثمانية أيام ثم هكذا: إلى خمسة عشر يوما منه.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Rejab bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, Ramadhan adalah bulan umatku. Sesiapa yang berpuasa daripada bulan Rejab dua hari maka pahalanya dua kali ganda, dan timbangan setiap gandaan bersamaan bukit-bukit di dunia, kemudian baginda menyebutkan pahala bagi yang berpuasa empat hari, sesiapa yang berpuasa enam hari, kemudian tujuh hari kemudian lapan hari kemudian seterusnya sehingga 15 hari daripadanya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 100, hadis nombor 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


وهو حديث موضوع وفي إسناده أبو بكر بن الحسن النقاش وهو متهم والكسائي مجهول وقد رواه صاحب اللآلىء عن أبي سعيد الخدري.

Hadith ini palsu kerana pada sanadnya terdapat perawi bernama Abu Bakar bin al-Hasan al-Naqqasyh yang dituduh berdusta, manakala al-Kisaie adalah seorang perawi yang tidak dikenali. Al-Suyuthi meriwayatkan di dalam Kitabnya al-La’ali daripada Abu Said al-Khudri.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon