Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan yang agung, sesiapa yang berpuasa sehari darinya maka ditulis baginya pahala puasa seribu tahun

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن شهر رجب شهر عظيم من صام منه يوما كتب له صوم ألف سنة _ إلخ.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan yang agung, sesiapa yang berpuasa sehari darinya maka ditulis baginya pahala puasa seribu tahun…hingga akhir hadis.


STATUS

Tidak sahih


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 101, hadis nombor 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن شاهين عن علي مرفوعا.
قال في اللآلىء: لا يصح وهرون بن عنترة يروي المناكير.

Ibn Syahin meriwayatkan daripada Ali secara marfu' (disandarkan kepada Nabi).

Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali: Tidak sahih dan Harun bin Antarah meriwayatkan hadith-hadith munkar.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs