Apabila berada pada hari Kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إِذا كَانَ يَوْمُ القِيامَةِ نادَى مُنادٍ: لَا يَرْفَعَنَّ أحَدٌ مِنْ هَذِه الأُمَّةِ كِتابَهُ قَبْلَ أبي بَكْرٍ وعُمَرَ إِذا كَانَ يَوْمُ القِيامَةِ نادَى مُنادٍ: لَا يَرْفَعَنَّ أحَدٌ مِنْ هَذِه الأُمَّةِ كِتابَهُ قَبْلَ أبي بَكْرٍ وعُمَرَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila berada pada hari Kiamat, seorang penyeru akan menyeru: "Janganlah sesiapa pun dalam kalangan umat ini yang mengangkat kitabnya (untuk dihisab) sebelum Abu Bakr dan 'Umar".

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 14, hadis nombor 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Pelik dengan akal fikiran orang yang mereka-reka hadith seperti ini dan akal orang yang meriwayatkannya dan menukilkannya kepada orang ramai dan tidak mengetahui jelasnya kebatilan hadith tersebut secara semulajadi. Pada hari Kiamat, tidak perlu ada orang yang menyeru dengan seruan seumpama ini kerana di sana tidak ada yang dapat melakukan apa-apa tindakan melainkan dengan izin Allah, tidak ada yang dapat mendahului atau mengakhiri melainkan dengan perintah Allah Ta'ala. Sesiapa yang didahulukan disebabkan amalannya, maka dia orang yang didahulukan. Apakah di sana (hari Kiamat) adanya keberanian terhadap sesuatu hingga orang ramai diberitahu dengan pemberitahuan seumpama ini? Sikap tegopoh gapah apakah ini?

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs