Apabila kamu menulis hadith, maka tulislah beserta sanadnya

TEKS BAHASA ARAB

إِذا كَتَبْتُمُ الحَدِيثَ فاكْتُبُوهُ بإِسْنادِهِ فإِنْ يَكُ حَقاً كُنْتُمْ شُرَكاءَ فِي الأَجْرِ وإِنْ يَكُ باطلا كان وزره عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu menulis hadith, maka tulislah beserta sanadnya. Sekiranya hadith tersebut benar, maka kamu akan berkongsi pahala. Namun, jika hadith tersebut batil, maka kesalahan tersebut ditanggung oleh sanad tersebut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 14, hadis nombor 60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini juga termasuk hadith yang pelik daripada penulis (al-Suyuti), bagaimana beliau boleh sangsi terhadap kepalsuannya, lalu beliau memasukkan hadith tersebut dalam kitabnya yang dipelihara daripada hadith palsu sedangkan status hadith tersebut lebih jelas lagi. Nabi SAW berbicara dengan para sahabat, ketika itu mereka tidak memerlukan kepada sanad dan hadith tidak ditulis melainkan oleh segelintir sahaja dalam kalangan mereka seperti 'Abdullah bin 'Amr bin al-'As. Juga menjadi suatu yang ajaib terhadap kebiadaban orang yang mereka-reka ucapan ini, dia tahu bahawa perkara pertama sekali yang akan mendedahkan kepalsuannya adalah dengan menyebutkan sanad dan mengetahui bahawa dia seorang pendusta dan pereka hadith. Juga hadithnya adalah palsu sebagaimana disebutkan jelas oleh al-Zahabi bahawa ia juga palsu.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs