Beruntunglah kamu, wahai salah satu burung dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

هنيئا لك عصفور من عصافير الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beruntunglah kamu, wahai salah satu burung dalam syurga.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 101, hadis nombor 493. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

من كلام عائشة ففي مسلم عنها قالت: توفي صبي من الأنصار فقلت طوبى له عصفور من عصافير الجنة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: أو غير ذلك، إن الله خلق للجنة أهلا خلقهم لها وهم في أصلاب آبائهم وخلق للنار أهلا خلقها لهم وهم في أصلاب آبائهم.
وهو محمول على أنه نهاها عن القطع وغير ذلك.

Bersumberkan ucapan 'Aishah sebagaimana dalam Muslim daripada beliau, katanya: Seorang kanak-kanak lelaki daripada kalangan Ansar telah meninggal dunia, lalu aku pun berkata: “Beruntunglah dia, menjadi salah satu burung dalam syurga”, lalu Nabi SAW bersabda: “Atau lainnya. Sesungguhnya Allah telah menciptakan untuk syurga ahlinya, Allah menciptakan mereka sebagai ahli syurga sewaktu mereka dalam tulang sulbi ayah-ayah mereka lagi. Dia juga telah menciptakan untuk neraka ahlinya. Dia menciptakan ahli neraka sewaktu mereka masih lagi berada dalam tulang sulbi ayah-ayah mereka”.
Hadith tersebut menunjukkan bahawa Baginda melarang 'Aishah menyebutkan secara pasti (bahawa kanak-kanak tersebut merupakan ahli syurga) dan selainnya.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs