Meletakkan inai dalam kubur bersama mayat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

وضع الحناء في القبر مع الميت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Meletakkan inai dalam kubur bersama mayat.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 102, hadis nombor 496. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

كثير من الناس يعتاده.
قال الجد: وهو خلاف السنة، ولعل أول من فعل ذلك أو حسنه للناس، اعتمد على ما أخرجه ابن عساكر، عن معروف الخياط عن واثلة: عليكم بالحناء فإنه ينور رؤوسكم ويطهر قلوبكم ويزيد في الجماع وهو شاهد في القبر، قال السيوطي: ومعروف: منكر الحديث جدا: قال الجد: ولو ثبت فلا دليل فيه، لأن المراد أن خضاب الشيب بالحناء عمل شاهد لمتعاطيه في القبر.

Al-Jadd berkata: “Ia menyelisihi sunnah. Boleh jadi orang yang pertama sekali melakukannya atau menggalakkannya kepada orang ramai, dia berpegang kepada riwayat yang dikeluarkan oleh Ibn 'Asakir daripada Ma'ruf al-Khayyat daripada Wathilah: “Hendaklah kamu mengenakan inai kerana ia boleh menerangkan kepala-kepala kamu, membersihkan hati-hati kamu, menambahkan kekuatan ketika bersetubuh dan ia menjadi saksi dalam kubur”, al-Suyuti berkata: “Ma'ruf seorang perawi yang sangat munkar hadithnya”. Al-Jadd berkata lagi: “Jika riwayat itu thabit pun, ia tidak boleh menjadi dalil perbuatan tersebut kerana yang dimaksudkan adalah mewarnakan uban dengan inai merupakan amalan yang menjadi saksi di dalam kubur bahawa dia mempraktikkannya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon