Janganlah kamu campakkan mutiara (ilmu) ke dalam mulut anjing-anjing

TEKS BAHASA ARAB

لا تطرحوا الدر في أفواه الكلاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu campakkan mutiara (ilmu) ke dalam mulut anjing-anjing (orang yang pergunakan agama sebagai alat untul kepentingan dirinya).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 78, hadis nombor 454. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya dan sanad hadith sebelumnya terdapat perawi-perawi pendusta, kedua-dua hadith tersebut adalah palsu sebagaimana kata para huffaz.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs