Nasib itu bergantung pada percakapan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الفأل موكل بالنطق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nasib itu bergantung pada percakapan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 64, hadis nombor 256. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الجد: لا يعرف هكذا أي والمعروف في الحديث بلفظ البلاء. وفي معنى الترجمة حديث: أخذنا فألك من فيك، وحديث: الفأل مرسل والعطاس شاهد صدق.

Al-Jadd berkata: “Tidak diketahui dengan lafaz sedemikian”, riwayat yang diketahui dalam hadith adalah dengan lafaz bala. Juga semakna dengan riwayat di atas adalah hadith: “Kami nilai nasib kamu melalui mulut kamu”, dan hadith: “Nasib itu dibebaskan dan orang yang bersin menjadi saksi bahawa dia bercakap benar”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon