TEKS BAHASA ARAB
اتخذوا السراويلات فإنَّها من أستر ثيابكم، وحصنوا بها نساءكم إذا خرجن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pakailah seluar-seluar, kerana ia merupakan pakaian kamu yang paling terpelihara, dan jagalah wanita-wanita kamu menggunakan seluar-seluar tersebut apabila mereka keluar.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 7, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia adalah riwayat Ibrahim bin Zakariyya daripada Qatadah daripada Qudamah bin Dhamrah daripada al-Asbagh bin Nubatah daripada 'Ali. Al-Asbagh seorang kaki dusta. Namun, al-Zahabi berkata: "Sesungguhnya hadith tersebut termasuk hadith-hadith palsu (yang berpunca daripada) Ibrahim Ibn Zakariyya". Saya berkata: Beliau juga telah meriwayatkannya pada kali yang lain dengan lafaz: "Ya Allah! Rahmatilah wanita-wanita yang memakai seluar dalam kalangan umatku", juga akan disebutkan oleh penulis (al-Suyuti).
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.