Dua golongan dari umatku yang tidak akan mendapat syafaatku: Murjiah dan Qadariyyah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: صنفان من أمتي لا تنالهما شفاعتي، المرجئة، والقدرية، قيل يا رسول الله، من القدرية؟ قال: قوم يقولون: لا قدر، قيل: فمن المرجئة؟ قال قوم يكونون في آخر الزمان، إذا سئلوا عن الإيمان، قالوا: نحن مؤمنون إن شاء الله.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dua golongan dari umatku yang tidak akan mendapat syafaatku: Murjiah dan Qadariyyah. Wahai Rasulullah: Siapakah Qadariyyah? Mereka ialah orang yang berkata: Tidak ada qadar. Siapakah Murjiah? Mereka adalah suatu kelompok di akhir zaman, apabila mereka ditanya tentang iman, mereka berkata: Kami beriman insya-Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 452-453, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني، عن أنس مرفوعا، وهو موضوع، آفته مأمون بن أحمد السلمي، وشيخه عبد الله بن مالك السعدي.

Diriwayatkan oleh al-Jauzaqani daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia palsu. Penyakitnya (masalah) adalah daripada Ma’mun bin Ahmad al-Salmi dan gurunya Abdullah bin Malik al-Sa’di.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs