TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن أمتي على الخير، مالم يتحولوا عن القبلة، ولم يستثنوا في إيمانهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Umatku berada dalam kebaikan selagi mana mereka tidak mengubah kiblat mereka dan mereka tidak mengatakan insya-Allah kami beriman.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 453, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الجوزقاني عن أنس مرفوعا، وهو من وضع المرجئة، وفي إسناده: مجاهيل. وقال الذهبي في ترجمة جعفر بن هارون الواسطي المذكور في إسناده: أتى بخبر موضوع، وهو هذا.
Diriwayatkan oleh al-Jauzaqani daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia dipalsukan oleh Murjiah. Dalam sanadnya ada perawi-perawi yang majhul (tidak dikenali). Al-Zahabi berkata dalam biografi Jaafar bin Harun al-Wasiti yang disebutkan dalam sanad ini: Dia mendatangkan hadith-hadith palsu, iaitu hadith ini.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.