Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Iman itu adalah mengetahui dengan hati, berkata dengan lisan dan beramal dengan rukun-rukun

Teks Bahasa Arab

حَدِيْثٌ: الإِيْمَانُ مَعْرِفَةٌ بِالْقَلْبِ، وَقَوْلٌ بِالِّسَانِ، وَعَمَلٌ بِالأَرْكَانِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Iman itu adalah mengetahui dengan hati, berkata dengan lisan dan beramal dengan rukun-rukun.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 452, hadis no. 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الطبراني، عن علي رضي الله عنه مرفوعا. قال ابن الجوزي: هو موضوع، آفته أبو الصلت عبد السلام بن صالح الهروي، وتابعه من يروي الموضوعات، وقال الدارقطني: لم يحدث به إلا من سرقه من أبي الصلت. قال في اللآلىء: أخرجه ابن ماجه في سننه من طريقه، والبيهقي، وقد تقدم أن أبا الصلت وثقه ابن معين، وقال في الميزان: رجل صالح، إلا أنه شيعي.

Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn al-Jauzi berkata: Ia palsu. Penyakit (masalah) bagi hadith ini ialah Abu al-Salt Abdul Salam bin Salih al-Harawi, ia disokong oleh perawi yang meriwayatkan hadith-hadith palsu. Al-Daraqutni berkata: Dia tidak meriwayatkan hadith melainkan kecuali orang yang mencurinya daripada Abu al-Salt. Dia berkata dalam al-Laali’: Ia diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada jalurnya dalam Sunan dan al-Baihaqi. Telah disebutkan sebelum ini bahawa Abu al-Salt dinilai thiqah oleh Ibn Main. Dia berkata dalam al-Mizan: Lelaki soleh namun dia syiah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.