TEKS BAHASA ARAB
ما لا يدرك كله لا يترك كله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perkara yang tidak dapat dilakukan kesemuanya, jangan ditinggalkan kesemuanya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 82, hadis nombor 367. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
قاعدة، وليس بحديث، وهو في معنى الآية: {فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُم} [التغابن: 16] وَالْحَدِيثِ: “اتَّقِ اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتَ”.
Ia merupakan satu kaedah, bukannya hadith. Ia semakna dengan ayat: “Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu”. [Surah al-Taghabun ayat 16]Juga hadith: “Bertaqwalah kepada Allah sedaya upaya kamu”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.