TEKS BAHASA ARAB
ما لا يجيء من القلب عنايته صعبة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesuatu yang tidak datang daripada hati, maka sukar untuk menjaganya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 82, hadis nombor 366. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ليس بحديث لكنه في معنى قول بعض الصوفية: من لم يكن له من قلبه واعظ لم تنفعه المواعظ.
Ia bukan hadith, namun terdapat semakna dengan kata-kata sebahagian ahli sufi: “Sesiapa yang peringatan tidak bersumberkan daripada hatinya, maka segala peringatan tidak akan memberi manfaat kepadanya”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.