Kasih sayang yang ada pada para bapa

TEKS BAHASA ARAB

محبة في الآباء صلة في الأبناء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kasih sayang yang ada pada para bapa menghubung kepada anak-anak.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 82, hadis nombor 370. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لَا يُعْرَفُ بِهَذَا، وَفِي مَعْنَاهُ حَدِيثٌ: ((الْوُدُّ يُتَوَارَثُ والعداوة تتوارث)).

Tidak diketahui dengan lafaz ini, semakna dengannya adalah hadith: “Kasih sayang itu boleh diwarisi, begitu juga permusuhan boleh diwarisi”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs