TEKS BAHASA ARAB
قيدوا النعم بالشكر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ikatlah nikmat-nikmat yang diperolehi dengan bersyukur.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 67, hadis nombor 274. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
لا يعرف مرفوعا، لكن جاء عن عمر بن عبد العزيز قيدوا نعم الله بالشكر لله – عز وجل – وشكر الله ترك معصيته وفي الباب آثار غير ذلك.
Tidak diketahui secara marfu', namun ada diriwayatkan daripada 'Umar bin 'Abd al-'Aziz: “Ikatlah nikmat-nikmat yang diperolehi dengan bersyukur kepada Allah azzawajalla. Syukur kepada Allah adalah dengan cara meninggalkan maksiat”. Dalam bab tersebut ada athar lain selain itu.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.