TEKS BAHASA ARAB
ثلاث من كن فيه فَهُوَ مِنَ الأَبْدالِ: الرِّضا بالقَضاءِ والصَّبْرُ عَنْ مَحارِمِ الله والغضَبُ فِي ذَاتِ الله عَزَّ وجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang padanya ada tiga perkara, maka dia termasuk golongan Abdal, iaitu redha dengan qada', sabar terhadap perkara yang Allah haramkan dan marah kerana zat Allah 'azzawajalla.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 29, hadis nombor 138. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat perawi pendusta. Penulis (al-Suyuti) telah membuang sebahagian ayat iaitu kata-kata: "Maka dia termasuk dalam kalangan Abdal yang mana mereka menjadi tonggak bagi agama dan penganutnya". Ini merupakan suatu perbuataan yang menghairankan daripada penulis (al-Suyuti) dalam membawakan hadith tersebut, kerana jumlah perkataan yang dibuang jelas menampakkan munkarnya. Ia sendiri menunjukkan kepada batilnya hadith tersebut. Saya tidak mengetahui apakah alasan penulis melakukan ini.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.