Muliakanlah ibu-ibu saudara kamu yang merupakan pokok kurma

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أكْرِمُوا عَمّتَكُمُ النّخْلَةَ فإنّها خُلِقَتْ مِنْ فَضْلةِ طِينَةِ أبِيكُمْ آدَمَ وَلَيْسَ مِنَ الشّجَرِ شَجَرَةٌ أكَرَمُ على اللَّهِ تَعالى مِنْ شَجَرَةٍ وَلَدَتْ تَحْتَها مَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرانَ فأَطْعِمُوا نِساءَكُمُ الوُلَّدَ الرُّطَبَ فإنْ لَمْ يَكُنْ رُطَبٌ فَتَمْرٌ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muliakanlah ibu-ibu saudara kamu yang merupakan pokok kurma, kerana sesungguhnya ia telah diciptakan daripada lebihan tanah ayah kamu (iaitu Nabi Adam). Tidak ada satu pokok pun yang lebih mulia bagi Allah Ta'ala melebihi pokok yang Maryam binti 'Imran telah melahirkan anak di bawahnya. Oleh itu, berilah makan kepada wanita-wanita kamu yang bakal melahirkan dengan kurma ranum, jika tidak ada rutab (kurma ranum) maka berilah tamar (kurma kering).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 20, hadis nombor 86. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Asal kata-kata ini dinukilkan daripada kitab-kitab Isra'iliyyat, lalu perawi-perawi pendusta telah meriwayatkannya secara marfu'.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon