TEKS BAHASA ARAB
التَمِسُوا الجارَ قَبْلَ الدَّارِ والرَّفِيقَ قَبْلَ الطَّرِيقِ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pilihlah jiran sebelum memilih rumah dan pilihlah teman sebelum memilih jalan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 20, hadis nombor 88. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat sekumpulan perawi dha'if, antaranya 'Uthman al-Tara'eifi dan guru beliau Aban bin al-Muhabbar. Itulah punca sekumpulan ulama' menilai ma'lul hadith tersebut dan memasukkan 'Uthman dalam biografi perawi-perawi yang dha'if dan gurunya iaitu Aban bin Sa'id seorang yang tidak dikenali. Asal ucapan ini adalah daripada kalam hukama'. Dikatakan kepada Rabi'ah al-'Adawiyyah: "Apakah anda tidak meminta syurga kepada Allah?", beliau menjawab: "(Pilihlah) jiran sebelum rumah". Lalu perawi-perawi dha'if pun meriwayatkan secara marfu' kata-kata tersebut.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.