Tiga perkara yang menguatkan pandangan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاثٌ يَجْلِينَ البَصَرَ: النَّظَرُ إِلَى الخُضْرَةِ وَإِلَى الماء الجاري وإلى الوجه الحسن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang menguatkan pandangan, iaitu melihat pada tumbuhan hijau, melihat air yang mengalir, dan melihat wajah yang elok.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 30, hadis nombor 140. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut mempunyai satu sanad lain melalui hadith Ibn 'Abbas di sisi Abu Nu'aim dalam al-Tarikh, pun begitu ia palsu. Sanad-sanadnya kesemuanya tidak terlepas daripada perawi pendusta dan pemalsu hadith. Para perawi pendusta mencuri hadith tersebut dan sebahagian mereka mengubahkan penipuan sebahagian orang lain lalu menambah sanad (rekaan) yang lain.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon