Tidak sukakah kamu jika seseorang kamu hamil hasil dari suaminya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أمَا تَرْضى إِحْداكُنَّ أنّها إِذا كانتْ حامِلاً مِنْ زَوْجِها وهوَ عَنْهَا راضٍ أنّ لَها مِثْلَ أجْرِ الصَّائِمِ القائِمِ فِي سَبِيلِ الله وَإِذا أصابَها الطَّلْقُ لم يَعْلَمْ أهْلُ السَّماءِ والأَرْضِ مَا أُخْفِيَ لَهَا منْ قُرَّةِ أعْيُنٍ فَإِذا وَضَعَتْ لم يَخْرُجْ مِنْ لَبَنهِا جُرْعَةٌ وَلم يُمَصَّ مِنْ ثَدْيها مَصَّةٌ إلاّ كانَ لَهَا بِكُلِّ جُرْعَةٍ وبِكُلِّ مَصَّةٍ حَسَنَةٌ فإِنْ أسْهَرَها لَيْلَةً كانَ لَها مِثْلُ أجْرِ سَبْعِين رَقَبَةً تُعْتِقُهُمْ فِي سَبِيلِ الله سَلامَةُ! تَدْرِينَ مَنْ أعْنِي بِهذا؟ المُمْتَنِعاتِ الصَّالِحَاتِ المُطِيعاتِ لأَزْوَاجِهِنَّ اللّواتِي لَا يَكفُرْنَ العَشيرَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak sukakah kamu jika seseorang kamu hamil hasil dari suaminya dalam keadaan suaminya redha terhadapnya, dia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa dan berdiri pada malam hari pada jalan Allah (menjaga keselamatan agama)? Apabila dia mengalami sakit untuk melahirkan, penduduk langit dan bumi tidak mengetahui ganjaran menyejukkan mata yang disimpankan untuknya? Apabila dia melahirkan, tidaklah keluar daripada susunya satu tegukan atau tidaklah dihisap daripada buah dadanya satu sedutan melainkan pahala untuknya bagi setiap tegukan dan hisapan tersebut satu kebaikan. Sekiranya dia berjaga malam maka baginya pahala seperti pahala membebaskan 70 orang hamba. Wahai Salamah! Tahukah kamu siapakah yang aku maksudkan ini? Iaitu wanita-wanita yang menjaga diri daripada perkara yang Allah haramkan pada mereka, wanita-wanita solehah juga wanita-wanita yang taat kepada suami-suami mereka, iaitu yang tidak kufur terhadap sang suami.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 20, hadis nombor 89. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Sesiapa yang menyangka bahawa kata-kata seumpama ini sabit daripada Rasulullah SAW maka dia sebenarnya tidak pernah mencium bau hadith dan ilmunya. Statusnya sangat jelas tanpa keraguan bagi sesiapa yang mempunyai pengetahuan dan deria rasa yang sejahtera. Penulis (al-Suyuti) tidaklah jauh daripada ilmu ini, namun kesukaan beliau memperbanyakkan riwayat dan sukakan riwayat-riwayat yang ganjil menjerumuskan beliau dalam riwayat-riwayat yang gugur (kelayakan untuk berhujah) seperti ini.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon