Apabila kamu menulis

TEKS BAHASA ARAB

إِذا كَتَبْتَ فَضَعْ قَلَمَكَ على أُذُنِكَ فإِنَّهُ أذكر لك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu menulis, maka letakkanlah pen milikmu di atas telingamu kerana sesungguhnya ia boleh memperingatkan kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 14, hadis nombor 59. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Dailami dan dalam sanadnya terdapat 'Umar bin al-Azhar, beliau seorang pereka hadith. Hadith ini juga sebagaimana hadith sebelum ini yang termasuk dalam rekaan golongan bukan Arab. Ini kerana, meletakkan pen atas telinga merupakan kebiasaan mereka. al-Tirmizi turut meriwayatkan hadith seumpama ini melalui hadith Zaid bin Thabit dan akan disebutkan pada bab huruf dhad (ض), insya Allah

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs