TEKS BAHASA ARAB
ستة أشياء تحبط الأعمال: الاشتغال بعيوب الخلق، وقسوة القلب، وحب الدنيا، وقلة الحياء وطول الأمل، وظالم لا ينتهي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Enam perkara yang boleh menggugurkan (pahala) amalan-amalan, iaitu menyibukkan diri dengan keaiban-keaiban makhluk, hati yang keras, cintakan dunia, kurang rasa malu, panjang angan-angan dan zalim yang tidak berpenghujung.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 44, hadis nombor 225. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Berbaki lagi perkara yang ketujuh (bagi hadis ini) iaitu berdusta atas nama Rasulullah SAW seumpama hadith batil ini, bahkan ia adalah yang paling buruk di sisi Allah. Diriwayatkan oleh al-Dailami daripada 'Adi bin Hatim RA, di dalamnya terdapat perawi yang didakwa melakukan pembohongan.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.